MINIT MESYUARAT PANITIA
PENDIDIKAN SIVIKS DAN KEWARGANEGARAAN KALI KEDUA
SESI 2013
Tarikh : 30
APRIL 2013
Masa : 12.35
Tengah hari
Tempat: Bilik
Gerakan
Kehadiran:
1. Pn.Zainab A.Vanjoor ( PK
Pentadbiran)
2. Pn.Khoo Beng Cheok
3. Pn.Siti Nor Asiah Arop
4. Pn.Roshana Bt Mat Riffin
5. Pn.Koo
Ping Ming
6. Cik
Nur Fatihah Mohd Nawawi (guru ganti)
7. Pn.Ooi
Phaik Kooi
8. Pn.Nadzirah
Othman
9. Cik
Linda Yeap
10. En.Ali
Hakbar Shahul Hameed
AGENDA :
1.0
UCAPAN PENGERUSI
1.1
Pn.Khoo Beng Cheok selaku Ketua Panitia mengucapkan
terima kasih kepada semua AJK yang hadir ke mesyuarat kali kedua ini.
1.2
Beliau berharap agar semua guru dapat memberi
kerjasama sepanjang sesi mesyuarat ini dijalankan.
Tindakan: Ketua Panitia
2.0
PENGESAHAN
MINIT MESYUARAT
2.1
Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu
dan memohon ahli mesyuarat untuk membuat semakan dan mengemukakan cadangan
minit mesyuarat diterima dan disahkan.
2.2
Pn.Koo Ping Ming mencadangkan minit mesyuarat
diterima dan disahkan dan disokong oleh
Pn.Siti Nor Asiah Arop.
Tindakan : Semua guru PSK
3.0
PEPERIKSAAN
3.1
Pengerusi memaklumkan semua kertas PKSR1 telah siap
diriso dan kertas peperiksaan yang telah siap dibungkus mestilah diserahkan
kepada Setiausaha Peperiksaan Pn.Jagajothi unjtuk disimpan.
3.2
Guru perlu memasukkan soalan tentang misi/visi
sekolah untuk murid tahap 2.
3.3
Pemeriksa kertas untuk PKSR1 ialah :
-
Pn.Khoo
Beng Cheok – Tahun 5
-
Pn.
Khaliliah – Tahun 4
-
Pn.Nadzirah
– Tahun 6
3.4
Masih ada
segelintir murid yang belum menyerahkan folio. Pengerusi memaklumkan kepada
semua guru supaya memastikan semua murid menyiapkan folio dan menyerahkan
kepada guru subjek sebelum ujian PKSR1 dijalankan.
3.5
Murid yang
tidak menghantar folio akan dipanggil semasa perhimpunan.
3.6
Guru
yang menggubal kertas soalan perlu
menyerahkan salinan soalan bersama skema jawapan untuk dimasukkan ke dalam bank
soalan.
4.0
AKTIVITI
PANITIA
4.1
Panitia
bersetuju untuk mengadakan Lawatan ke Muzium Pulau Pinang. Lawatan ini terbuka
kepada murid tahun 4 dan 5 sahaja. Lawatan
akan diadakan pada 4 Julai 2013. (Rujuk
Lampiran)
4.2
Pertandingan melukis
dan menghias kelas akan dijalankan pada bulan Jun (Tahap 2)bertemakan semangat
patriotik.
4.3
Persembahan
lagu patriotik akan dipersembahkan oleh murid-murid tahun 4.
4.4
Panitia akan
membekalkan bendera kecil untuk program kibar bendera sempena bulan
kemerdekaan.
4.5
Persembahan
deklamasi sajak oleh murid-murid sempena bulan kemerdekaan.
Tindakan
: Semua guru PSK
5.0
Kewangan
5.1
Pengerusi
memaklumkan bahawa wang PCG berjumlah RM 2,704.
6.0
Hal-hal Lain
6.1
Pengerusi
turut memaklumkan sudut panitia perlu dikemaskini.
6.2
Pengerusi
bercadang untuk membeli ”flannerboard”untuk
sudut panitia.
Mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 1.35 petang 30
APRIL 2013
Disediakan oleh
:
Disemak oleh
:
................................................. .......................................
(Pn.Siti Nor Asiah Arop)
(Pn.Khoo Beng Cheok)
Setiausaha
PSK , Ketua Panitia PSK
Sk.Convent Green Lane.
No comments :
Post a Comment