No
|
Perkara
|
Tindakan
|
1
|
Mohon
Perhatian. Hadirin dan hadirat untuk berdiri
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia
Pn.Hajah Fatimah bt.Yon Penyelia Kanan Unit Pengurusan Sekolah Rendah , merangkap Pegawai Prosa Sekolah,
Dr Balasandran Ramaya selaku Yang
Dipertua PIBG ,
Barisan Ajk PIBG,
dif-dif kehormat diiringi barisan
pentadbir sekolah.
|
Pn. Siti
|
2
|
Majlis
dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu
“Negeri’’.
|
|
3
|
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Assalamualaikum
salam sejahtera dan salam Satu
Malaysia.
Yang
Berbahagia Pn.Hjh.Fatimah bt.Yon,Penyelia Kanan Unit Pengurusan Sekolah
Rendah,merangkap Pegawai Prosa Sekolah,
Yang
Dipertua Dr.Balasandran Ramaya, YDP
PIBG Sekolah.
Yang
Berusaha Pn Suarni bt Ishak Guru Besar SK Convent Green Lane.
Yang
Dihormati barisan Penolong Kanan,
Guru-guru
, barisan AJK PIBG ,murid-murid,
seterusnya
hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.
Hari
ini menanam jagung,
Dibawa
ke P.Pinang bersama peria,
Hari
ini kita berkampung,
Meraikan
majlis penuh ceria
Selamat
datang ke :
Majlis
Anugerah Kecemerlangan Berganda SKCGL
2011/2012.
Saya
Pn.Siti Nor Asiah,
saya
Puan Khaliliah,
saya,
Siti Sarah,
saya
,Clarize Soo Hoo,dan saya Shivani Tishadas
akan
mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.
Sarung ketupat
berisi inti
Dibawa budak
sambil berlari
Kehadiran
semua sangat dihargai
Moga majlis
bertambah seri
|
Pn.Siti
Pn.Siti
|
4
|
Hadirin yang
dimuliakan,
Bagi menambah
keberkatan pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh: Ustaz Mohd Hafiz bin Abdul Razak. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
…….Bacaan
Doa………
|
Pn.Siti
|
5
|
Amin Amin Ya
Rabbal `Alamin
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Hafiz bin Abdul Razak atas bacaan doa itu tadi.
Bunga
mawar cantik tersemat
Dipetik
gadis di tepi titi
Doa
dibaca memohon rahmat
Moga
majlis sentiasa diberkati
|
Pn.Siti
|
6
|
Tak
molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak
berguna ,jika ada
dayung, tiada
perahunya
Tak
lengkaplah majlis ,jika
tiada yang berbicara
Tirai ucapan
pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru Besar SK Convent Green Lane. Untuk itu, Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Pn.Suarni bt.Ishak, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
|
Pn.Siti
|
7
|
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih
kepada Yang Berusaha Puan Suarni bt
Ishak, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
|
Pn.Siti
|
8
|
Hadirin
dan hadirat yang dihormati,
Kini
tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada YDP PIBG. Bertonggak adat,
“yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka majlis dengan
penuh takzim mempersilakan Dr.Balasandran Ramaya untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan
Berganda SKCGL bagi tahun 2011/2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
|
Pn.Siti
|
9
|
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr.Balasandran Ramaya atas ucapan serta perasmian sebentar tadi.
Adat
tuan adat berserah
Mari
datang membawa puan
Adat
bersirih adat sejarah
Untuk
tuan kami sembahkan
Dengan
ini majlis diteruskan lagi dengan acara persembahan Nyanyian Koir yang akan dipimpin oleh Pn.Koo Ping Ming
dengan tajuk “ Tanah
Pusaka dan Thank You For The Music” Dipersilakan...
|
Pn.Siti
Siti Sarah
|
10
|
Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan koir itu tadi…
|
Siti Sarah
|
11
|
Hadirin yang
dihormati,
Kecemerlangan
yang dicipta, adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak
mengenal erti jemu, PASTI! membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya,
sepatutnya diberi penghargaan.
Semoga ini, akan menjadi Pencetus
semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang
seterusnya adalah penyampaian hadiah cemerlang bagi tahun 1 sesi 2012.
|
Pn. Siti
|
12
|
Bagi
menyempurnakan acara tersebut, majlis menjemput Pn.Suarni bt.Ishak untuk
mengiringi……………………………………..ke atas pentas.
Dipersilakan.
|
Pn.Khaliliah
|
13
|
TAHUN 1 SESI 2012
Dijemput(…………nama………..)untuk
menerima hadiah bagi(…..hadiah…..)
Rujuk Senarai kelas
seterusnya……
|
Pn.Khaliliah
|
14
|
Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih kepada………………………………………dan Pn.Suarni bt.Ishak Guru Besar atas penyampaian anugerah itu tadi..
|
Pn.Khaliliah
|
15
|
Bagi memeriahkan lagi majlis
kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan “Tarian
Klasik India”yang akan dipersembahkan oleh adik Karen Ann dari kelas 3
Seri Awan. Dipersilakan.
|
Siti Sarah
|
16
|
Terima kasih kepada adik Karen
Ann yang telah membuat persembahan sebentar tadi..
|
Clarize Soo Hoo
|
17
|
Pergi
sekolah seawal pagi,
Melintas
jalan berhati-hati,
Penyampaian
anugerah diteruskan lagi,
Penerima hadiah sabarlah menanti
Acara yang seterusnya adalah
penyampaian hadiah cemerlang bagi
Tahun 1 dan 2, (2011/2012)
Tahun 2 dan 3 , (2011/2012
)
|
Pn.Siti
|
18
|
Bagi menyempurnakan acara tersebut, majlis
menjemput Pn.Tan Yoke Keow untuk
mengiringi……………………………………..ke atas pentas.
Dipersilakan
|
Pn.Siti
|
19
|
Dijemput(…………nama………..)untuk menerima
hadiah bagi(…..hadiah…..)
Rujuk Senarai
kelas seterusnya……
|
Pn.Khaliliah
|
20
|
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini dengan
menyaksikan persembahan”Public
Speaking” yang akan disampaikan oleh Shivani
Tishadas dari kelas 6 Seri Awan yang telah dibimbing oleh Pn.Ng Gaik
Kee.Dipersilakan
|
Siti Sarah
|
21
|
Terima kasih dan syabas diucapkan
kepada Shivani Tishadas atas
persembahan dan kemenangan merangkul Johan dalam pertandingan “Public
Speaking” Peringkat Negeri Pulau Pinang sekali gus mewakili negeri ke
Peringkat Kebangsaan.
Untuk
pengetahuan hadirin sekalian,
Shivani Tishadas telah
merangkul Naib Johan di Peringkat kebangsaan. Syabas dah tahniah diucapkan….
|
Clarize Soo Hoo
|
22
|
Anugerah seterusnya merupakan Anugerah Tokoh Murid
Cemerlang…
Dengan ini,majlis dengan sukacitanya menjemput
Pn.Suarni bt.Ishak,Guru Besar, diiringi
oleh Penolong kanan 1, Pn
Zurida, untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan..
Tanggal 19 Disember 2000,lahirlah
seorang bayi puteri,
Anak ketiga daripada tiga orang puteri,
Murid berdisiplin, penuh motivasi,
Tokoh murid, sumber
inspirasi,
Ada matlamat , visi ,dan misi,
Murid ini ialah puteri bongsu kepada sepasang suami isteri yang
tinggal di Bayan Lepas .Ayahnya seorang jurutera manakala ibunya seorang akauntan.
Seorang anak yang baik, taat kepada kedua ibubapanya. Murid ini adalah
menjadi harapan keluarga, dan bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.Berpegang
pada falsafah, Hidup itu satu perjalanan,hadapilah setiap hari dengan
harapan. Murid ini sering mendapat tempat pertama di dalam kelas dan juga
menyandang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas…
Murid yang
dimaksudkan dan dinobatkan sebagai tokoh murid cemerlang bagi tahun
2012 ialah Wan Nur Adlina bt Wan Halim .
Dijemput Wan Nur Adlina bt Wan Halim bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke pentas
untuk menerima trofi dan
sijil daripada pihak sekolah.
|
Pn.Siti
|
23
|
Terima kasih dan tahniah diucapkan...
|
Pn.Siti
|
24
|
Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan
majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Hadirin yang dihormati,marilah sama-sama kita
saksikan “Persembahan Violin” yang
akan dibimbing oleh Cik
Woon.Dipersilakan.
|
Siti Sarah
|
|
Terima Kasih kepada murid-murid yang telah
membuat persembahan Violin itu tadi…
|
Siti Sarah
|
25
|
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian
hadiah cemerlang bagi
Tahun 3 dan 4 (2011/2012),
Tahun 4 dan 5 (/20112012)
Dengan ini,majlis menjemput…………………………………diiringi
oleh Pn.Hjh.Zainab bagi menyempurnakan
upacara penyampaian hadiah. Dipersilakan.
|
Pn.Khaliliah
|
26
|
Dijemput(…………nama………..)untuk menerima
hadiah bagi(…..hadiah…..)
Rujuk Senarai kelas seterusnya……
|
Pn.khaliliah
|
27
|
Kita meriahkan lagi majlis kita pada pagi ini
dengan menyaksikan sebuah persembahan “action
song”yang akan dipersembahkan oleh murid_murid tahap 1. Dipersilakan ..
|
Siti Sarah
|
28
|
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada kumpulan ‘’action song’’
yang telah dibimbing oleh Cik See Yuen
Ee dan telah memenangi Johan
Peringkat Kelompok R1.
|
Clarize Soo Hoo
|
29
|
Hadirin warga
dewan yang dihormati sekalian,
Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban
tahun ini, antara lain mengundang
objektif untuk menjadi paksi
kepada murid-murid bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang
pendidikan, terutamanya dalam peperiksaan.
Seterusnya , penyampaian hadiah cemerlang bagi
Tahun 5 dan 6 sesi (2011/2012)
|
Pn.Siti
|
30
|
Majlis menjemput …………………… diiringi oleh Penolong
Kanan Kokurikulum,Pn.Salizawati untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan..
|
Pn.Siti
|
|
Dijemput(…………nama………..)untuk
menerima hadiah bagi(…..hadiah…..)
Rujuk Senarai kelas
seterusnya……
|
Pn.Khaliliah
|
31
|
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada………………………………. atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah .
|
Pn.Siti
|
32
|
Sedar tak sedar,kita sudah amper ke penghujung
acara, persembahan terakhir ini akan disampaikan oleh kumpulan “Choral
Speaking “yang
telah mendapat Johan
bagi Peringkat
Kelompok R1.
Dipersilakan …
|
Shivani
|
|
Terima kasih diucapkan….
|
Shivani
|
33
|
Seterusnya,tanpa
melengahkan masa lagi,kita teruskan majlis dengan penyampaian hadiah
cemerlang bagi tahun 6 sesi 2011.
|
Pn.Siti
|
34
|
Dengan ini,majlis
dengan suka citanya menjemput ……………………..
diiringi oleh Pn.Jothi
Selvarasah untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan.
|
Pn.Siti
|
35
|
PENYAMPAIAN
HADIAH BAGI TAHUN 6 SESI 2011
Dijemput(…………nama………..)untuk
menerima hadiah bagi(…..hadiah…..)
Rujuk
Senarai kelas seterusnya……
|
Pn.Khaliliah
|
36
|
Terima Kasih diucapkan…
|
Pn.Khaliliah
|
37
|
Bersyukur kini
kami panjatkan,
Majlis
anugerah telah disempurnakan,
Sekalung
penghargaan kami hulurkan,
Segulung
tahniah kami ucapkan....
Sebagai menutup tirai
majlis kita pada hari ini,
Marilah sama-sama kita menyanyikan
lagu “Sekolah’’
Hadirin diminta
berdiri.
**********--------------------------------------------------*****************
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah
masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak
majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Dari kedah ke pekan sari,
Beli suasa di kota tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi….sekian..
|
Pn.Siti
Pn.Khaliliah
|
Sunday, 22 September 2013
Contoh Teks Ucapan Hari Anugerah Cemerlang
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment